Pengenalan

Isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan komunikasi, media, teknologi maklumat, alam sekitar, pelancongan, ekonomi, politik, seni dan warisan merupakan isu-isu fundamental di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang menuju ke status negara maju. Pelaksanaan program ke arah memajukan pelbagai bidang ini memerlukan kematangan buah fikir dariapda pelbagai pihak. Justeru, persidangan ICDETAH Kali Ke-2 yang dianjurkan ini sangat relevan bagi mencapai maksud tersebut.

Negeri Terengganu dijadikan tempat persidangan kerana kesesuaian negeri ini yang bergelar Negeri Taman Ilmu. Persidangan ini dapat memancarkan sinar keilmuan di taman Darul Iman sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Persidangan ini juga dapat melengkapkan misi kerajaan negeri yang melaksanakan dan menjayakan pembangunan berlandaskan slogan `Transformasi Terengganu Baharu`.