Utama

 

Selamat datang ke laman web Persidangan Antarabangsa Kedua Komunikasi, Media, Teknologi Maklumat, Alam Sekitar, Pelancongan, Ekonomi, Politik, Seni dan Warisan (ICDETAH 2017).

Persidangan ini kali ke-2 dianjurkan oleh Pertubuhan Rangkaian Ahli Akademik & Profesional Anak Terengganu (PERAPAT) Malaysia dengan kerjasama Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia dan didokong bersama Kerajaan Negeri Terengganu. Persidangan ini akan berlangsung pada 19 hingga 21 Mac 2017 bertempat di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, Malaysia.

Secara khusus, persidangan  ini bertujuan untuk mewujudkan suatu landasan bagi perkongsian ilmu, maklumat dan pengalaman dalam kalangan profesor, penyelidik, sarjana dan pelajar pasca siswazah dari seluruh dunia.

Persidangan ini juga merupakan platform pertama perkongsian dan pertukaran maklumat mengenai penyelidikan-penyelidikan baharu dalam bidang teoretikal serta pembangunan pendidikan dalam semua bidang. Urus setia persidangan mengalu-alukan penyertaan semua pihak menyumbang kepada pertukaran idea dan perbincangan mengenai perkembangan ilmu terkini.

MUAT TURUN BROSUR

Brosur_PERAPAT_Final

Brosur_PERAPAT_Final

Klik untuk mendapatkan brosur dalam bahasa Inggeris >> BROCHURE